Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menerima cenderamata semasa Program Pink Aerobic Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia Dengan Kerjasama DBKU " Car Free Morning" di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Belanjawan 2025: Peruntukan komprehensif kepada Sarawak

KUCHING, 20, Okt: Belanjawan 2025 yang diumumkan di Dewan Rakyat pada Jumaat merupakan satu peruntukan yang komprehensif kepada Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Sarawak menerima baik apa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan bajet tersebut.

Menurutnya, terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peningkatan pemberian peruntukan kepada Sarawak pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Memang ada peningkatan dari dulu belanjawan tapi ini adalah belanjawan madani dan saya nak ucap taniah kepada Perdana Menteri untuk belanjawan yang komprehensi bagi kita di Sarawak.

“Ini adalah sesuatu yang amat baik dan kita terimalah apa bajet dari kerajaan persekutuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Program Pink Aerobic Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Seduania Dengan Kerjasama DBKU Car Free Morning di Kuching pada Ahad.

Pada Jumaat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan pembangunan Sarawak pada tahun ini adalah sebanyak RM5.9 bilion, manakala Sabah menerima RM6.7 bilion.

Secara keseluruhan Belanjawan 2025 membabitkan peruntukan RM421 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak menyambut baik peruntukan RM5.9 bilion untuk wilayah ini termasuk pemberian peruntukan khas lain untuk pembangunan sektor-sektor penting di Bumi Kenyalang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan