Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman melakukan simbolik Projek Legasi Sarawak Urban Forum 1.0 di Stesen 3R Komuniti Pintar KJM DBKU, di Kompleks Sukan Satok Padang SLPAS

Bantu penduduk urus pembuangan sampah lebih sistematik

KUCHING: Penubuhan Stesen 3R Komuniti Pintar Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di kawasan Satok akan membantu penduduk setempat menguruskan pembuangan sampah dengan lebih sistematik.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, stesen yang dibina di Kompleks Sukan Satok Padang SLPAS itu penting bagi memastikan penglibatan masyarakat setempat dalam usaha menjaga sekali gus membersihkan alam sekitar.

Menurutnya, ia dilaksanakan dengan melibatkan program terkini DBKU menerusi aplikasi 3R Kuching Utara (3RKU) yang merujuk kepada ‘Guna Semula (Reuse), Kurangkan (Reduce) dan Kitar Semula (Recycle)’ untuk menguruskan pembuangan kertas, plastik, tin aluminium dan sebagainya.

“Jadi, apabila masyarakat menggunakan proses pembuangan sampah dengan aplikasi 3RKU ini, mereka akan mendapat bayaran imbuhan.

“Ini juga usaha baik untuk memastikan semua pihak terlibat dalam penjagaan alam sekitar.

“Dengan penggunaan aplikasi itu juga, ia akan memberikan satu kaedah pembuangan sampah dengan lebih efisien, efektif dan cekap dalam kalangan masyarakat atau penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Projek Legasi Sarawak Urban Forum 1.0 di Stesen 3R Komuniti Pintar KJM DBKU, di Kompleks Sukan Satok Padang SLPAS di sini, hari ini.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting kerana ia menyediakan kemudahan kepada penduduk supaya dapat mencipta persekitaran lebih bersih di kawasan bandar raya ini khususnya di bawah seliaan DBKU.

“Selain itu, stesen ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti lampu, Sistem Penyimpanan Air Hujan (SPAH), bekalan elektrik solar, penimbang berat, meja, kerusi, tong kitar semula, papan tanda dan alat pemadam api.

“Segala kemudahan yang disediakan itu juga penting untuk memberi kebaikan dan manfaat kepada pengguna,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman menjelaskan, sebanyak 14 lokasi dikenal pasti oleh DBKU untuk pembinaan Stesen 3R, khususnya di kawasan perumahan dan sekolah.

“Antara kawasan yang telah pun disediakan stesen ini adalah Sekolah Kebangsaan Muara Tebas, Taman Sepakat Jaya Demak Laut, Surau Darul Hijrah, SMK Tunaz, SK Rakyat Tupong, Dewan Masyarakat Kampung Tunku, SMK Sungai Maong, Padang SLPAS yang kita ada ini, dan beberapa lokasi yang lain,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan