Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi sentiasa menekankan amalan gaya hidup sihat di kalangan pegawai dan anggotanya.Foto: IPD Marudi

Warga IPD Marudi daki Bukit Dabai, pupuk gaya hidup sihat

MARUDI, 19 Okt: Seramai 54 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Marudi menyertai aktiviti mendaki dan larian di Bukit (TV) Dabai Marudi, di sini.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil berkata aktiviti seumpama itu mencerminkan pasukannya optimis mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai dan anggota.

“Aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada setiap Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam serta Ahli-ahli PERKEP bahawa perlunya aktiviti senaman ini walaupun sibuk dengan tugas dan rutin harian,”  katanya selepas menyertai aktiviti Gaya Hidup Sihat Peringkat IPD Marudi, pada Jumaat.

Nor Aizan berkata, aktiviti yang dianjurkan ini juga adalah amat baik untuk warga PDRM untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Beliau mengharapkan agar aktiviti seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan