Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita selepas hadir Townhall Lan Berambeh 2024 di Kuala Lumpur hari ini. Foto, TVS.

Sarawak tidak muflis di bawah pentadbiran saya, pendapatan bertambah – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, Sarawak tidak jatuh muflis sepanjang tujuh tahun di bawah pentadbiran beliau.

Premier Sarawak itu berkata, wilayah berkenaan kini pesat membangun sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu pada 2019 yang mengatakan Sarawak mungkin bakal muflis tiga tahun.

“Saya ingat ada orang cakap dengan cara Abang Johari memimpin, Sarawak akan ‘bankrupt’ dalam tempoh tiga tahun.

“Sarawak tak pernah muflis, malah (pendapatan) makin bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak 2024, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia, di sini hari ini.

Sesi berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian,  Menteri Perpaduan Negara yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lan Berambeh Anak Sarawak 2024, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Sementara itu Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak telah menyimpan RM8 bilion dalam Dana Kekayaan Berdaulat yang ditubuhkan dan akan menambah antara RM400 juta hingga RM600 juta setiap tahun.

Tegasnya, dana yang disimpan itu tidak boleh di sentuh oleh mana-mana pihak dalam masa 20 tahun.

“Sesiapa sahaja yang jadi Premier Sarawak tidak boleh sentuh dana tersebut. Dana itu milik rakyat,” katanya lagi.

Beliau percaya dana itu akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dalam tempoh 20 tahun akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan