Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang ketika merasmikan Majlis Penyerahan lesen Program Bantuan Memandu (BLM) B2 peringkat DUN Muara Tuang di Dewan Suarah Kota Samarahan. Foto TVS

Program BLM B2 kurangkan risiko kemalangan jalan raya

KOTA SAMARAHAN, 19 Oktober: Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) B2 diyakini akan membantu mengurangkan risiko berlaku kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang berkata program terbabit akan memberi pemahaman  yang teliti kepada pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dengan baik.

“Sebab itulah kita bertungkus-lumus bersama dengan pihak JPJ supaya anda semua selesa membawa atau menunggang motosikal dengan yakin, dengan teratur dan mengikut peraturan jalan raya.

“Maka dengan itu anda akan selamat dan memandu sesuka hati dan pada masa sama dapat mencari rezeki dengan selesa serta ahli keluarga tidak kguatir sesuatu yang buruk boleh menimpa anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan lesen Program Bantuan Memandu (BLM) B2 peringkat DUN Muara Tuang di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Sabtu.

Program itu juga kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang itu bakal memberi pendedahan berkaitan tugasan pihak berkuasa dengan terperinci.

“Program ini secara tidak langsung akan memberi maklumat kepada para pemandu terlibat bagaimana berdepan dengan pihak berkuasa ketika di jalan raya.

“Situasi itu katanya sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko berlaku kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal kerana cubaan melarikan diri daripada diperiksa oleh pihak berkuasa,” ujarnya,

Keadaan itu katanya amat menyedihkan kerana mangsa terlibat adalah anak, bapa atau ibu yang akan membantu mencari rezeki untuk keluarga mereka.

Justeru tegas beliau, adalah penting untuk setiap peserta yang mengikuti program tersebut memastikan mereka memiliki lesen tersebut selepas tamat program terbabit bagi kebaikan dan keselamatan mereka di masa hadapan.

Idris dalam pada itu menzahirkan tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak (JPJ) Sarawak, Pusat Khidmat N.16 Muara Tuang, Konsortium Memandu Kota Samarahan serta agensi agensi kerajaan yang terlibat menjayakan program ini.

“Program ini cukup baik bagi memudahkan masyarakat mendapatkan lesen dan perlu diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, majlis menyaksikan seramai 771 individu menyertai Program Bantuan MyLesen(B2) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Muara Tuang hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan