Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Untuk rekod ini merupakan kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada gandingan Jepun itu dalam enam pertemuan sebelumnya. Foto: Bernama

Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka Denmark

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 berakhir selepas wakil terakhir negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas di peringkat suku akhir.

Beregu wanita utama negara itu terpaksa akur kepada gandingan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 20-22, 19-21 dalam aksi yang berlangsung hampir satu jam.

Untuk rekod ini merupakan kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada gandingan Jepun itu dalam enam pertemuan sebelumnya.

Pasangan Jepun itu akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So He di separuh akhir.

Terdahulu, beregu lelaki negara yang juga juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan suku akhir selepas tewas kepada wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi 20-22, 15-21. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan