Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV)  dipandu kemalangan di Jalan Datuk Stephen Yong, Kuching pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera dalam kemalangan SUV

KUCHING, 19 Okt: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV)  dipandu terlibat dalam kemalangan di Jalan Datuk Stephen Yong di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.20 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan SUV.

“Seorang mangsa lelaki berusia 49-an masih berada di dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stretcher dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan