Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan memasuki kawasan paya bakau berair menjadi punca kemalangan yang meragut tiga nyawa kanak-kanak di Lawas semalam. Foto IPD Lawas

Kereta hilang kawalan punca tiga kanak-kanak maut

LAWAS, 19 Okt: Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan memasuki kawasan paya bakau berair menjadi punca kemalangan yang meragut nyawa tiga kanak-kanak di Jalan Awat-Awat Sundar menuju ke Kampung Awat-Awat Sundar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Liong Tindan berkata, kemalangan kendiri yang berlaku jam 1.25 tengah hari itu melibatkan sebuah kenderaan Perodua Alza.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan itu bergerak dari arah Pekan Sundar menuju ke Kampung Awat-Awat Sundar.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, kereta yang dipandu hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan memasuki kawasan paya bakau berair,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semasa kejadian kenderaan tersebut membawa sembilan penumpang termasuk lapan kanak-kanak sekolah di Daerah Lawas.

“Akibat daripada kemalangan tersebut tiga mangsa kanak-kanak disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di Hospital Lawas.

“Enam mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Lawas manakala seorang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Katanya, semua mangsa dirujuk ke Hospital Lawas untuk tindakan lanjut.

“Pemandu kereta yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai nelayan ditahan untuk siasatan lanjut pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan