Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Jurutera Singapura rugi RM1.9 juta ditipu pelaburan tidak wujud

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Okt: Seorang jurutera warganegara Singapura mengalami kerugian RM1.9 juta akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata laporan polis dibuat lelaki berusia 64 tahun itu pada Khamis lepas setelah menyedari ditipu apabila sindiket berkenaan tidak lagi dapat dihubungi.

Beliau berkata mulanya warga emas itu melihat iklan pelaburan terbabit di laman Facebook pada Disember lepas dan menekan pautan yang diberikan sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan.

“Tertarik janji keuntungan lima hingga 12 peratus, warga emas itu mengikut arahan suspek dan memuat naik aplikasi diminta bagi tujuan pendaftaran dan memantau pelaburan serta keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata jurutera itu mula melabur pada Februari lepas dengan membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun bank di Malaysia sebagaimana yang diarahkan dengan jumlah keseluruhan RM1.94 juta, dan hanya menyedari tertipu selepas dia gagal membuat pengeluaran wang keuntungan.

“Lelaki itu turut diarahkan membuat pelbagai bayaran lain termasuk cukai sekiranya mahu mendapatkan semula modal yang dilaburkan. Suspek kemudiannya gagal dihubungi, dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420/411 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan