Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa wilayah di Tuscany mengisytiharkan darurat bagi beberapa kawasan di wilayah itu. Foto: AFP

Itali dilanda banjir dan hujan lebat

ByBernama

ROM, 19 Okt: Itali dilanda banjir dan hujan lebat dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan amaran dikeluarkan bagi beberapa wilayah di seluruh negara, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan, lapor Xinhua.

Menurut pasukan bomba, di wilayah Emilia Romagna tengah, sekurang-kurangnya tiga keluarga terpaksa dipindahkan di wilayah Bologna selepas sebatang sungai melimpah.

Di wilayah pantai barat laut Liguria, seorang lelaki berusia 75 tahun maut pada Khamis setelah terjatuh ke dalam gaung di kawasan hutan akibat hujan lebat, menurut media tempatan.

Agensi perlindungan alam sekitar (ARPA) di wilayah itu mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan luar biasa sehingga petang Jumaat.

Rangkaian kereta api turut mengalami gangguan perkhidmatan terutama di utara Itali, dengan rangkaian perkhidmatan di antara Treviso dan Vicenza di wilayah Veneto dihentikan sepenuhnya pada Jumaat.

Pihak berkuasa wilayah di Tuscany mengisytiharkan darurat bagi beberapa kawasan di wilayah itu.

Di selatan, sekurang-kurangnya lapan isi rumah dipindahkan di wilayah Naples selepas sebuah bangunan kediaman runtuh akibat hujan lebat.

Jabatan Perlindungan Awam Kebangsaan mengeluarkan amaran merah pada Sabtu bagi beberapa kawasan di Emilia Romagna tengah dan amaran jingga untuk Veneto, Calabria, Puglia, Sicily, dan seluruh Emilia.

Amaran merah dan jingga masing-masing menunjukkan tahap risiko hidrologi tertinggi dan kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan