Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita selepas hadir Townhall Lan Berambeh 2024 di sini hari ini. Foto, TVS.

Insiden bot regata karam: Abang Johari harap kesemua mangsa ditemui

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap kesemua lima mangsa yang dikhuatiri lemas setelah bot dinaiki karam di Kuching, Sarawak petang semalam dapat ditemui.

Jelas Premier Sarawak, pihaknya memantau perkembangan semasa insiden itu dan menantikan maklumat terkini daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Saya difahamkan ketika kejadian mereka sedang berlatih untuk kejohanan regata dengan punca kejadian dipercayai disebabkan oleh gelombang dari bot nelayan yang melalui sungai itu.

“11 terselamat, manakala lima lagi masih belum ditemui susulan air sungai yang keruh dan arus yang agak deras.

“Kita nantikan dahulu perkembangan semasa dalam masa terdekat, mudahan dapat ditemui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi Townhall Lan Berambeh di sini, hari ini.

Pada Sabtu, sebuah perahu perahu membawa 16 orang pekayuh karam pada pukul 4.20 petang ketika menjalani latihan Regatta Sarawak yang bakal berlangsung bermula 1 hingga 3 November nanti.

Identiti mangsa yang masih hilang telah dikenal pasti sebagai Mohamad Ikhmal Sama’ail, Majurie MAharuf, Mohd Afuq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan