Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbarisan Perasmian Latihan Bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) - Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 di Padang Kawad Kem Oya, Sibu, hari ini. Foto ATM

Eksesais HARINGGAROO perkukuh hubungan bilateral TDM, TDA

SIBU, 19 Okt: Briged Kesembilan Infantri Malaysia melaksanakan Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) julung kali di Sarawak diadakan di Padang Kawad Kem Oya, hari ini.

Perbarisan perasmian disempurnakan oleh Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged), Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun di sini.

Dalam ucapannya Ahmad Norzaini berharap pelaksanaan Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan peperangan dalam kalangan pegawai dan anggota selain mengukuhkan lagi hubungan kerjasama erat di antara TDM dan TDA.

Eksesais itu bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama melalui perkongsian ilmu, berkongsi doktrin serta taktik, teknik dan prosedur di dalam operasi infantri.

Eksesais dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Latihan Silang (Cross Training Exercise) di Kem Oya dan Latihan Medan yang akan dilaksanakan di sekitar kawasan am Stapang – Nanga Sekuau serta aktiviti Civil-Military Cooperation (CIMIC).

Terdahulu, perbarisan pembukaan yang melibatkan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) dan Rifle Company Butterworth (RCB) dimulakan dengan ketibaan Panglima 9 Briged disambut oleh Ketua Staf Markas 9 Briged sebelum diberikan tabik hormat.

Majlis diteruskan penyerahan bendera pasukan daripada Pegawai Memerintah RCB, Lt Col Richard Trembath kepada Pegawai Memerintah 3 RRD, Leftenan Kolonel Majani Japon yang disaksikan oleh Panglima 9 Briged sebagai simbolik bermulanya latihan bilateral tahunan ini.-TVS

Tags: CIMIC, TDA, tdm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan