Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Townhall Lan Berambeh 2024 di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Ekonomi Sarawak akan dikendalikan sektor swasta 20 tahun lagi – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ekonomi Sarawak dalam tempoh 20 tahun akan datang tidak lagi akan dipacu oleh pentadbiran kerajaan sebaliknya bakal diambil alih oleh pihak swasta sebagai jentera utama pertumbuhannya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menjangkakan ketika itu pentadbiran kerajaan hanya akan berfungsi sebagai pembantu atau pemudah cara.

Beliau berkata perkara itu telah berlaku di beberapa negara maju.

“Singapura hari ini dikendalikan bukan oleh kerajaan sahaja, mereka menjadi negara yang berjaya kerana sektor swasta mempunyai kepakaran. Dasar pentadbiran mereka juga terbuka iaitu membenarkan pegawai (penjawat awam) untuk menyertai sektor swasta yang memerlukan individu berpengalaman.

“Oleh itu, pada hemat saya dalam masa 20 tahun lagi, ekonomi Sarawak (juga) akan dipacu oleh sektor swasta, masanya akan tiba (dan) kita perlu bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Townhall Lan Berambeh di sini, hari ini.

Sesi berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Hampir 3,000 pelajar Sarawak di beberapa universiti di Semenanjung Malaysia dan rakyat Sarawak hadir pada sesi berkenaan.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Perpaduan Negera, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang serta Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak memerlukan kepakaran dalam bidang berkepentingan, antaranya teknologi dan undang-undang bagi memenuhi keperluan dalam sektor swasta bagi mengendalikan ekonomi negeri. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan