Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan AFFIN Bank Berhad menyambut baik Belanjawan 2025 berjumlah RM421 juta yang bersifat pengembangan dan berhemah.

Belanjawan 2025: AFFIN sambut baik, sokong pertumbuhan PMKS

ByDouglas Elliot

KUCHING, 19 Okt: Kumpulan AFFIN Bank Berhad menyambut baik Belanjawan 2025 yang berjumlah RM421 juta serta menyifatkan belanjawan tertinggi yang pernah diumumkan itu sebagai pengembangan dan berhemah.

Menerusi satu kenyataan akhbar hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah optimis langkah-langkah yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2025 akan memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif dan memacu ekonomi negara ke era pertumbuhan baharu.

“Kami terdorong melihat strategi dan program yang digariskan dalam Belanjawan 2025 untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, memudahkan transformasi industri dan pertumbuhan produktiviti bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Belanjawan 2025 turut menyediakan asas bagi pelan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan bermula dari tahun 2026 hingga 2030.

“Antaranya, pengenalan dana pelaburan strategik bernilai RM1 bilion bertujuan untuk meningkatkan keupayaan bakat tempatan dan mempromosikan aktiviti bernilai tinggi dalam negara,” katanya.

Dalam pada itu, AFFIN turut menyokong usaha kerajaan untuk memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui kemudahan pinjaman dan pembiayaan yang disasarkan.

“PKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, namun mereka kekal sebagai yang paling terdedah kepada cabaran ekonomi.

“Kerajaan menyediakan lebih daripada RM40 bilion dalam bentuk kemudahan pinjaman, dana, dan jaminan untuk memberikan bantuan perniagaan dan pembiayaan kepada PMKS,” katanya.

Pada masa sama, AFFIN juga percaya bahawa pengukuhan penampan fiskal akan menjadi signifikan dalam keutuhan kewangan negara untuk menyediakan ruang dasar fiskal yang mencukupi bagi menyokong aktiviti ekonomi dalam menghadapi pelbagai cabaran.

“Kerajaan menjangkakan pertumbuhan KDNK sebenar negara berkembang pada kadar yang stabil antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun 2025, berbanding anggaran 4.8 peratus hingga 5.3 peratus bagi tahun 2024.

“Dengan asas ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan yang didorong oleh permintaan domestik, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan