Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Hafeezur Muzammir (TVS).

Abang Johari sambut baik Belanjawan 2025

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Kerajaan Sarawak menyambut baik peruntukan RM5.9 bilion untuk wilayah itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau turut mengalu-alukan pemberian peruntukan khas untuk pembangunan sektor-sektor penting di Bumi Kenyalang.

“Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menambah peruntukan khas daripada RM300 juta kepada RM600 juta dan peruntukan untuk sektor pendidikan juga nampaknya ditambah.

“Peruntukan RM5.9 bilion khas untuk Sarawak walaupun kita kurang berbanding (diperolehi) Sabah tetapi setidak-tidaknya kita ada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunan sektor yang penting di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan pembangunan Sarawak pada tahun ini adalah sebanyak RM5.9 bilion, manakala Sabah menerima RM6.7 bilion.

Secara keseluruhan Belanjawan 2025 membabitkan peruntukan RM421 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah diumumkan dengan RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM86 bilion bagi belanja pembangunan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan