Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rampasan minyak masak peket bersubsidi dan gula dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak di sebuah premis di Jalan Setia Raja, Kuching, semalam. Foto KPDN Sarawak

2.3 tan minyak masak peket, 936 kg gula pasir dirampas di Jalan Setia Raja

KUCHING, 19 Okt:Sebanyak 2,340 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi polibeg 1 kg dan 936 kg gula pasir kasar 1 kg dianggarkan bernilai RM8,517.60 dirampas daripada sebuah premis di Jalan Setia Raja di sini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata rampasan dibuat berdasarkan aduan orang awam bagi mengesan kesalahan peniaga dalam menjual barang kawalan.

“Sepasukan enam pegawai penguat kuasa telah berjaya menemui sejumlah 2,340 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi polibeg 1kg dan 936 kilogram (kg) gula pasir kasar 1kg bersama-sama dengan dokumen berkaitan.

“Anggaran sitaan bernilai sebanyak RM 8,517.60 dan siasatan akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Seksyen Penguat Kuasa KPDN Negeri Sarawak telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki atau ada dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak akan melakukan kesalahan.

“Sekiranya disabitkan kesalahan jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua.

“Jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Sementara itu KPDN Sarawak memohon agar masyarakat menjadi mata dan telinga bagi membantu kementerian dengan menghulurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi bagi memastikan aktiviti negatif itu dapat dibanteras sehingga ke akar umbi berikutan ia menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan