Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang di kebun di Rumah Panjang Frederick Juan, Kumpai Krian, Saratok. Foto JBPM

Warga emas dikhuatiri hilang di kebun getah

SARATOK, 18 Okt: Seorang warga emas hilang selepas keluar ke kebunnya di Rumah Panjang Frederick Juan, Kumpai Krian di sini, semalam.

Komander Operasi, Kho Boo Jang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.40 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian pihak bomba diimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa mangsa Sipin Landok,94, telah keluar dari rumah menuju ke arah kawasan kebun getah anggaran jarak 500 meter dari rumah panjang dan tidak pulang ke rumah sehingga laporan dibuat.

“Mangsa dikatakan berbaju t-shirt berwarna putih dan berseluar pendek. pencarian di sekitar kawasan telah dilakukan oleh penduduk rumah panjang berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan pencarian bertindak membuat pencarian bersama penduduk rumah panjang dalam radius satu kilometer.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) malam tadi ditangguh pada jam 9.55 malam.

“SAR hari ini diteruskan dengan membuat pencarian bersama penduduk rumah panjang dalam radius satu kilometer dari mangsa kali terakhir dilihat dengan ‘teknik base line’,” ujarnya.

Katanya, selain pihak bomba turut serta dalam operasi SAR ialah pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk rumah Panjang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan