Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga bas dan masing sebuah kereta serta motosikal musnah dalam kebakaran bengkel simpanan bas di Kampung Batu Kitang Lot, Jalan Kuching-Bau hari ini. Foto JBPM

Tiga bas musnah dalam kebakaran bengkel

KUCHING, 18 Okt: Tiga bas dan masing sebuah kereta serta motosikal musnah dalam kebakaran bengkel simpanan bas di Kampung Batu Kitang Lot, Jalan Kuching-Bau di sini, hari ini.

Komander Operasi, Law Kim Hin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.52 petang dengan menggerakkan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bengkel simpanan bas dan menyebabkan tiga bas terbakar keseluruhannya manakala sebuah kereta terbakar 20 peratus dan sebuah motosikal terbakar 30 peratus.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran hos, dua nozel sumber air daripada pili bomba dan satu salur bantu mula memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada awalnya dua unit alat pemadam api turut digunakan pekerja untuk memadam kebakaran.

“Usaha pekerja tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan. Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan