Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Serangan bom berani mati ragut 7 nyawa di ibu kota Somalia

ByBernama

MOGADISHU, 18 Okt: Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.

“Kami mengesahkan bahawa tujuh orang, terdiri daripada orang awam dan anggota polis, terbunuh dan enam lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang berlaku di hadapan sebuah akademi polis,” menurut polis seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.

Kumpulan al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dengan menyatakan bahawa pengebom berani mati itu menyasarkan akademi polis di daerah Hamar Jajab, Mogadishu.

Serangan terbaru ini berlaku ketika pelantikan ketua polis baharu dan persiapan oleh kerajaan Somalia untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan daripada Misi Peralihan Kesatuan Afrika di Somalia (ATMIS) pada Disember. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan