MIRI, 18 Okt: Sarawak Book Fair & Authors Festival 2024 (SBAF 2024) akan diadakan di pusat beli-belah Bintang Megamall, Miri bermula 24 hingga 27 Oktober ini.
Acara tahunan bertemakan ‘Teknologi Maklumat dalam Penulisan’Â ini bakal menghimpunkan peminat buku, penulis, dan penerbit dari seluruh Malaysia serta negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.
SBAF 2024 bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca, memperkenalkan karya-karya tempatan, dan menyediakan platform untuk penulis berbakat mempamerkan hasil karya mereka.
Sepanjang festival ini, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi bual bicara bersama penulis terkenal, bengkel penulisan kreatif, serta pameran dan jualan buku akan diadakan.
Festival ini juga akan diteruskan di lokasi lain, iaitu di Kuching dari 28 Oktober hingga 3 November 2024 dan di Sibu dari 7 hingga 10 November 2024.
SBAF 2024 turut menampilkan aktiviti seperti bual bicara bersama penulis, pertandingan seni, persembahan artis, dan sesi interaksi dengan penulis jemputan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525 atau mengikuti media sosial rasmi Pustaka Miri. – TVS