Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Afrika mencatatkan 50 kematian baharu akibat mpox pada minggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kematian sejak awal tahun ini. Foto AFP

Mpox: Angka kematian melebihi 1,000, kes merebak ke 18 negara Afrika

ByBernama

KIGALI (Rwanda), 18 Okt: Afrika mencatatkan 50 kematian baharu akibat mpox pada minggu lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 1,100 kematian sejak awal tahun ini, menurut data terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Dalam sidang media, Ketua Pengarah Africa CDC Jean Kaseya berkata tahun ini, sebanyak 42,438 kes mpox telah direkodkan di 18 negara Afrika.

“Kira-kira 3,051 kes baharu direkodkan pada minggu lepas, dengan wabak baharu dilaporkan di Zimbabwe dan Zambia,” katanya.

Menurut data, Wilayah Afrika Tengah menyumbang 86.4 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.

Kaseya berkata terdapat peningkatan sebanyak 380 peratus dalam kes mpox tahun ini berbanding tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan