Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas, seorang kritikal manakala enam lagi selamat selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat, Jalan Awat-Awat, Sundar di Lawas, hari ini. Foto JBPM

Kereta terjunam ke dalam sungai, 3 kanak-kanak meninggal dunia, seorang kritikal

LAWAS, 18 Okt: Tiga kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas, seorang kritikal manakala enam lagi selamat selepas kereta dinaiki terjunam ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat, Sundar di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak berkata mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah Mohamad Nazran Awang Matasan,10, Mohd Fayard Mohd Azmi,5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8.

Seorang lagi mangsa kritikal dan dibawa ke Hospital Miri bagi mendapat rawatan ialah Madieenatul Munawarah Mohd Azmi, 9.

Komander Operasi JPBM, Zul Rizal Tuah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.15 tengah hari dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi kejadian.

“Setiba pihak bomba di lokasi, mendapati sebuah kenderaan jenis Perodua Alza telah terjunam ke dalam sungai.

“Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang (8 daripadanya adalah pelajar SK Agama (MIS) Lawas, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun anak kepada pemandu, termasuk pemandu lelaki berusia 38 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, enam orang daripadanya telah berjaya menyelamatkan diri selepas pemandu bertindak membuka pintu bonet belakang kenderaan.

“Manakala tiga orang kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan, telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital LAWAS, namun disahkan telah meninggal dunia.

“Pihak bomba membuat selaman di permukaan di sekitar kenderaan bagi memastikan tiada lagi mangsa-mangsa lain terlibat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan