Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain tiba di Dewan Rakyat hari ini pada pembentangan Belanjawan 2025. Foto, Firdaus Ismail.

KDN terima RM19.5 bilion, tingkat usaha jamin keselamatan dalam negeri

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan sebanyak RM19.5 bilion ringgit menerusi Belanjawan 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Perdana Menteri, ia menyaksikan pertambahan sebanyak RM500 juta berbanding yang diterima pada tahun ini.

Tambah beliau, lebih RM2.12 bilion ringgit disalurkan untuk peruntukan aset khusus Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform di bawah KDN.

“(Ini bagi) menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah selain mengekang anasir permusuhan yang memecah belahkan rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Anwar turut mengumumkan beberapa pejabat polis baharu akan dibina tahun hadapan dengan kos RM2.1 bilion.

“Antaranya melibatkan (pembinaan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Tanjung Minyak di Melaka,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan