Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Inisiatif baucar penerbangan bantu pelajar Sarawak, Sabah pulang raya

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu menerusi peruntukan sebanyak RM48 juta kepada Kementerian Pengangkutan bagi menyediakan baucar penerbangan khusus kepada pelajar.

Ia melibatkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysa serta pelajar dari Semenanjung Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bantuan tersebut adalah antara usaha untuk mengurangkan harga tiket penerbangan ketika musim perayaan bagi meringankan beban kos pengangkutan.

“Inisiatif ini dijangka memberikan manfaat besar kepada pelajar yang memerlukan sokongan kewangan untuk menanggung kos penerbangan terutama pada musim cuti perayaan.

“Dasar yang diperkenalkan ini disifatkan sebagai langkah positif yang akan memberi kelegaan kepada pengguna penerbangan khususnya golongan pelajar di kedua-dua negeri,” katanya ketika ditemui selepas perbentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tambahnya, ini merupakan berita baik bagi rakyat Sabah dan Sarawak terutama mereka yang ingin pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan.

Menurutnya, ia sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat di Sabah dan Sarawak turut menerima kemudahan subsidi pengangkutan diperlukan.

“Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mengekalkan kesinambungan perkhidmatan penting di kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan pengangkutan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan