Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR menjalan operasi mencari dan menyelamat lima mangsa dikhuatiri lemas selepas bot yang digunakan untuk menjalani latihan regata karam di Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa, Kuching, hari ini. Foto JBPM

Identiti lima mangsa dikhuatiri lemas dikenal pasti

KUCHING, 18 Okt: Identiti lima mangsa lelaki yang dikhuatiri lemas dan belum dijumpai selepas bot yang digunakan untuk menjalani latihan regata karam di Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa di sini, petang tadi sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi,23.

Pemangku Pengarah Bomba Negeri, PPjB Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.20 petang dengan menggerakkan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkab 16 orang menggunakan sebuah bot untuk latihan regata.

“Seramai 11 orang berjaya menyelamatkan diri dan lima orang masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba dan pihak polis marin masih berusaha mencari lima orang lagi mangsa yang belum dijumpai.

“Operasi Surface Seaching ditangguhkan sementara. Operasi terkini menggunakan drone dan sonar,” ujarnya.- TVS

Tags: bomba, lemas, SAR

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan