Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat enam Pangsapuri Seri Iskandar. Foto hiasan Envato

Budak lelaki enam tahun nyaris maut jatuh pangsapuri

IPOH, 18 Okt: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat enam Pangsapuri Seri Iskandar dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.50 malam sebelum mangsa dikejarkan ke hospital Changkat Melintang kira-kira pukul 11.20 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa kanak-kanak itu tinggal di rumah bersama-sama kakak berusia 12 tahun dan adik perempuan berusia setahun sembilan bulan.

“Semasa kejadian, ibunya berada di tempat kerja. Mangsa dipercayai telah jatuh dari rumah semasa memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Sementara itu, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-675 1267 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan