Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima peruntukan sebanyak RM360 juta bagi tahun hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2025: SPRM terima RM360 juta, banteras peningkatan kes rasuah

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima peruntukan sebanyak RM360 juta bagi tahun hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, pertambahan berbanding RM338 juta pada tahun lepas adalah bagi memastikan agensi itu menyiasat dan mengambil tindakan tegas termasuk mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.

Tambah Menteri Kewangan itu, kerajaan memberi sepenuh kebebasan kepada SPRM membongkar kes salah laku.

“Angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus penangkapan dan pembukaan kertas siasatan pada 2023 berbanding sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir, dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Belanjawan 2025 dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu Anwar berkata, Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) telah digubal bagi menghapus segala bentuk rasuah melalui strategi ampuh dan terperinci.

Antara ikhtiar lain yang menyusul termasuklah RUU Kebebasan Maklumat dan RUU Perolehan kerajaan bertujuan memperkasa tatakelola dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Akta Auditi atau “Follow The Public Money Audit” telah dipinda untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa menyemak dan mengaudit pengurusan dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan kerajaan.

“Sejumlah RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat berbanding RM173 juta dan ini sesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan,” katanya lagi.

Beliau turut mengulangi ketegasannya dalam soal memerangi rasuah kerana rasuah ialah barah senyap yang menjatuhkan moral rakyat dan keyakinan pelabur.

Menurutnya, masa depan negara bergantung kepada kejayaan rakyat Malaysia membanteras rasuah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan