Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan akan memperuntukan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana daif di sekolah - sekolah di Sabah dan Sarawak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama.

Belanjawan 2025: RM1 bilion diperuntuk naik taraf prasarana daif sekolah di Sabah, Sarawak

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan akan memperuntukan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana daif di sekolah – sekolah di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah sebahagian daripada peruntukan RM2 bilion yang disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara pada tahun depan.

Kata beliau RM1 bilion itu dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya bilik darjah yang uzur.

‘Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas.

“RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut memaklumkan sebanyak RM64.1 bilion telah diperuntukkan di bawah sektor pendidikan untuk tahun depan.

“(Ini) pertambahan daripada RM58.7 bilion tahun ini (yang juga) merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah negara.

“Bukan itu sahaja, Sekolah Kebangsaan (SK) Dudong di Sibu adalah antara 44 sekolah baharu yang mula dibina tahun depan,” katanya.

Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman pula Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta dan Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kerajaan berjaya membaik pulih tandas di 8,300 sekolah dalam masa singkat.

“Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan surau (di sekolah) dengan peruntukan RM100 juta,” katanya.

Anwar juga menyeru badan swasta, alumni dan dermawan untuk mengambil tanggungjawab korporat dalam menyumbang ke arah persekitaran sekolah yang selesa seperti menaiktaraf kemudahan sekolah lain seperti dewan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan