Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) ketika sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.Foto, Bernama.

Belanjawan 2025: Peruntukan besar untuk pembangunan Sabah, Sarawak -TPM Fadillah

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan peruntukkan bagi pembangunan di Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2025 adalah yang terbesar pernah diumumkan.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, menerusi pembentangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dapat diperhatikan tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur bagi merapatkan jurang antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

“Bagi perbelanjaan mengurus, Sarawak menerima tambahan peruntukan sebanyak 4.95 peratus dengan jumlah keseluruhan RM362.674 juta dan RM4.59 bilion untuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tambah Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, kerajaan turut memberi perhatian kepada pembangunan lapangan terbang dengan memperuntukkan RM253 juta untuk membesarkan Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri.

“Di samping itu, kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan akan mewujudkan Hospital Kanser di Kuching, dengan anggaran kos RM1.7 bilion,” katanya.

Beliau berharap peruntukan berkenaan akan dapat memastikan pembangunan yang lebih seimbang dan mampan di Sabah dan Sarawak, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat di kedua-dua wilayah berkenaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan