Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi memperluas perkhidmatan bergerak untuk memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang sering menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan disebabkan jarak perjalanan yang jauh. Foto hiasan, Envato.

Belanjawan 2025: Perkhidmatan Komuniti Bergerak Diperluas ke Pulau Bruit, Sarawak

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi memperluas perkhidmatan bergerak untuk memenuhi keperluan masyarakat desa dan pedalaman yang sering menghadapi kesukaran mengakses perkhidmatan disebabkan jarak perjalanan yang jauh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara inisiatif yang diperluas termasuklah Perkhidmatan Komuniti Bergerak di Sabah dan Sarawak yang kini meliputi Kampung Pangaraan di Sabah dan Pulau Bruit di Sarawak.

“Kerajaan juga akan menambah Klinik Gigi Bergerak, menjadikan keseluruhannya 54 buah di seluruh negara.

“Bank BSN Bergerak pula akan ditambah sebanyak empat unit, dengan tumpuan khas kepada Sabah dan Sarawak untuk memudahkan penyaluran bantuan kerajaan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tambah Anwar perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mahkamah bergerak akan turut dipertingkatkan bagi memastikan akses kepada perkhidmatan awam yang lebih meluas dan efektif di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, inisiatif ini diharap dapat memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penduduk desa dan pedalaman dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan, kewangan, dan perkhidmatan awam. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan