Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2025: Malaysia raih pelaburan digital US$16.9 bilion

ByEekbal Yusuf

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan berjumlah US$16.9 bilion untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia seperti AWS, Microsoft, Google dan Oracle.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini mencerminkan tahap keyakinan pelabur luar terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau.

“Sekarang ialah masa syarikat tempatan merebut peluang pelaburan ini.

“Manfaat haruslah sampai kepada rakyat meliputi peluang pekerjaan, pembangunan pusat kecemerlangan dan pemerkasaan masyarakat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Katanya lagi, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) turut disediakan RM10 juta bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) melalui kerjasama dengan akademia dan industri.

“Malaysia mengambil langkah berani untuk menjuarai ekonomi digital serantau melalui pengisytiharan penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe).

“Ini turut dianggotai negara tetangga dalam usaha menggembleng kepakaran dan keselamatan AI di negara masing-masing,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri memberitahu, ke arah pelaksanaan sepenuhnya e-Invois pada 1 Julai 2025, Kerajaan bercadang perbelanjaan bagi pembelian peralatan ICT, pakej perisian komputer dan fi perundingan diberikan elaun modal dipercepatkan untuk dituntut sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun.

Kerajaan juga bercadang melaksanakan mekanisme levi pelbagai peringkat awal tahun hadapan bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

“Hasil kutipan levi ini akan disalurkan semula kepada industri bagi merekayasa proses perniagaan ke arah automasi dan mekanisasi,” jelasnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan