Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengunjung program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah mengikuti pembentangan bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui skrin besar yang disediakan di ruang pameran oleh Kementerian Kewangan hari ini.Foto, Bernama.

Belanjawan 2025: Kerajaan tumpu aktiviti ekonomi, pelaburan bernilai tinggi

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang menumpukan aktiviti bernilai tinggi berbanding insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, inisiatif itu dijangka akan dilaksanakan pada suku ketiga 2025 meliputi enam kerangka.

Kerangka pertama kata Anwar bertujuan meningkatkan tahap kerencaman sektor ekonomi elektrik dan elektronik (E&E) melalui aktiviti bernilai tambah tinggi seperti perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu (IC) dan bahan termaju serta galakan cukai bagi peningkatan eksport.

“Kerangka kedua pula bagi menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) (dengan) potongan cukai khas diberikan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital, AI, robotik, internet kebendaan (IoT), sains data, teknologi kewangan dan teknologi mampan,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerangka ketiga dan keempat pula katanya membabitkan Ikhtiar Ketahanan Rantaian Bekalan bagi mengukuh rantaian bekalan tempatan sektor utama dan perkumpulan ekonomi diwujudkan mengikut keistimewaan negeri seperti tenaga boleh baharu di Perlis dan Sabah manakala industri kimia di Pahang dan Terengganu.

“Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi.

“Bagi memastikan pelaburan berlandaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), galakan cukai seperti elaun cukai pelaburan atau pengecualian cukai pendapatan diberikan bagi aktiviti Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan