Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Belanjawan 2025: Kerajaan Naikkan Gaji Minimum Kepada RM1,700 Mulai 1 Februari

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Dalam usaha memastikan rakyat meraih gaji dan upah yang mencukupi untuk hidup lebih selesa, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

“Kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa. ” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan juga memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan.

“Penangguhan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025, bagi memberi kelonggaran kepada majikan kecil dalam menghadapi perubahan ini,” jelasnya

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan.

Menurut beliau, garis panduan ini akan menjadi rujukan berguna bagi pekerja, dengan contoh gaji permulaan bagi beberapa jawatan seperti Juruteknik Industri dan Pengeluaran pada RM2,290, Jurutera Mekanikal pada RM3,380, dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif pada RM2,985.

Inisiatif ini diharap dapat memperbaiki keadaan ekonomi rakyat dan menyokong pembangunan tenaga kerja yang lebih kompetitif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan