Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 pada tahun ini, kata Perdana Menteri. Foto hiasan, Envato.

Belanjawan 2025: Kerajaan naikkan bantuan STR, SARA kepada RM13 bilion

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Peruntukan keseluruhan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 2025 akan dinaikkkan kepada RM13 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, pada tahun ini kerajaan menyediakan RM10 bilion untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

Menteri Kewangan itu berkata tambahan peruntukan itu akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Kata beliau, pada tahun hadapan seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan berbanding 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir, dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Belanjawan 2025 dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan RM600 untuk penerima STR kategori bujang.

Berkenaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, Anwar berkata kerajaan juga akan menambah peruntukan kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion tahun ini.

“Bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan dengan Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500.

“Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu daripada RM200 ringgit kepada RM250 ringgit seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah; serta daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan