Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan di Sabah dan Sarawak kepada RM90,000, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Foto, Bernama.

Belanjawan 2025: Kadar siling bantuan rumah nelayan di Sabah, Sarawak naik kepada RM90,000

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan di Sabah dan Sarawak kepada RM90,000, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, kadar itu menunjukkan peningkatan berbanding RM68,000 tahun lepas.

“Ia adalah sebahagian usaha kerajaan dalam mensejahterakan pesawah dan nelayan untuk terus dipelihara.

“Kerajaan bersetuju menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan kepada RM84,000 berbanding RM56,000 untuk Semenanjung Malaysia dan RM90,000 berbanding RM68,000 untuk Sabah dan Sarawak.

“Sejumlah RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat berbanding RM2.6 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu bagi memastikan keterjaminan makanan, Anwar memaklumkan kerajaan akan memanfaatkan tanah terbiar untuk melaksanakan projek pertanian di seluruh negara.

“Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok.

“RM300 juta disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok berbanding RM150 juta tahun ini,” katanya lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan