Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto, Bernama.

Belanjawan 2025 dianggarkan RM421 bilion, tertinggi pernah diumumkan – PM Anwar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kerajaan memperuntukkan RM421 bilion untuk Belanjawan 2025 iaitu yang tertinggi pernah diumumkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, anggaran itu meliputi RM335 bilion perbelanjaan mengurus dan RM86 bilion untuk pembangunan.

Jelas Anwar, butiran itu tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion ringgit turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bernilai RM25 bilion ringgit. 

“Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan 2025 yang berjumlah RM120 bilion,”  katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2025 dengan tema “Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat” adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan