Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (dua, kanan) bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (tiga, kanan), Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim (kiri) dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (kanan) ketika hadir pada pembentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.Foto, Bernama.

Belanjawan 2025: Bangunan kosong milik agensi kerajaan, GLIC dan GLC dijadikan prasekolah

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Bangunan-bangunan kosong milik agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan dijadikan sebagai institusi pendidikan kanak-kanak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merupakan langkah kerajaan bagi mengoptimumkan sumber serta menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Jelas beliau sumber yang tidak digunakan itu akan dimanfaat untuk tujuan prasekolah, taska dan pusat latihan kemahiran dengan usaha berkenaan akan diterajui oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Wisma Putra telah mengenal pasti 64 daripada 126 pejabat luar negara tidak beroperasi di bawah satu bumbung.

“Oleh itu kerajaan telah memutuskan agar operasi mereka dipindahkan ke Pejabat Canseri atau digabungkan dengan pejabat berdekatan bagi menjimatkan kos,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Anwar, langkah lain untuk memanfaat sumber kerajaan termasuklah menyalurkan sebahagian hasil yang diraih daripada penjualan nombor plat khas untuk membantu rakyat susah.

Sumber berkenaan kata Perdana Menteri boleh menampung bayaran mendapatkan lesen motosikal oleh 15,000 anak muda kurang mampu seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja.

” (Kerajaan juga akan) mengedarkan 67,000 keluarga susah dengan topi keledar secara percuma untuk keselamatan anak-anak.

“Bukan itu sahaja, pemberian bantuan pembelian tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa kurang mampu khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke kampung halaman.

“Kita harus peringatkan bahawa dana yang dibelanjakan itu ialah dana rakyat, dan kita hanya pemegang amanah,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan