Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia menambahkan kemeriahan di acara Lan Berambeh Anak Sarawak yang berlangsung pada Sabtu ini di Kuala Lumpur. Foto AirAsia

AirAsia meriahkan Lan Berambeh Anak Sarawak 2024

KUCHING, 18 Okt: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk 15 tahun berturut-turut, AirAsia, bakal menambahkan kemeriahan di acara Lan Berambeh Anak Sarawak yang akan berlangsung pada Sabtu (19 Oktober) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

AirAsia menerusi kenyataan memaklumkan, antaranya, para peserta dan pengunjung Lan Berambeh berpeluang menikmati potongan harga istimewa bagi tiket penerbangan AirAsia, manakala para pelajar pula boleh menyemak kelayakan serta menebus bantuan subsidi FlySiswa semasa pameran berlangsung dari 9 pagi sehingga 5 petang.

Sementara itu, platform pelancongan digital AirAsia MOVE juga menyediakan kemudahan pengangkutan ride-hailing AirAsia RIDE dengan potongan istimewa RM5 untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang ke MITEC dengan memasukkan kos promosi “LBASRIDE” semasa menempah, manakala dengan kod promosi “RIDE2LBAS” pula pengunjung boleh menikmati potongan RM2 untuk perjalanan pergi dan balik ke MITEC dari mana-mana lokasi lain di Lembah Klang.

Bagi para pelajar dan mereka yang berminat dengan pembelajaran dalam talian pula, platform pendidikan Outclass akan menyediakan pelbagai maklumat dan rujukan berguna, serta pelbagai aktiviti menarik semasa pameran berlangsung.

Pengarah Urusan AirAsia Berhad Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, “AirAsia berasa amat bertuah dan sukacita kerana menjadi sebahagian daripada acara Lan Berambeh Anak Sarawak pada tahun ini.”

“Program ini sesungguhnya sesuatu yang amat luar biasa bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan Anak Sarawak terutamanya yang bermastautin dan belajar di Semenanjung, dan AirAsia merasa bangga telah dapat memainkan peranan penting dalam menghubungkan Sarawak dengan seluruh Malaysia bahkan ke serata Asean dan juga Asia sepanjang 22 tahun yang lalu,” kata kenyataan itu, hari ini.

AirAsia sentiasa komited kepada Sarawak yang merupakan antara pasaran terpenting AirAsia, dan Kuching pula merupakan hab ketiga terbesar syarikat itu di Malaysia. Ramai Anak Sarawak berkhidmat di AirAsia yang dipanggil sebagai Allstars, termasuk kira-kira 750 Allstars yang berkhidmat di seluruh Sarawak.

“Kami bertekad akan meneruskan kerjasama dan hubungan erat kami dengan Kerajaan Sarawak serta para pemegang taruh industri pengangkutan dan pelancongan di Sarawak demi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua dan bersama-sama memperkasa ekonomi baru Sarawak,” katanya.

Program Lan Berambeh Anak Sarawak edisi ke-15 tahun ini akan dihadiri anak-anak Sarawak yang belajar, bekerja dan menetap di Semenanjung Malaysia.

Program kali ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk Sarawak Agenda Townhall melibatkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama pelajar universiti dan kolej di institusi pengajian tinggi.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta kepimpinan utama Kerajaan Sarawak akan bersama anak-anak Sarawak pada sebelah malamnya untuk Majlis Makan Malam Anak Sarawak sebagai acara kemuncak dan penutup program Lan Berambeh Anak Sarawak 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan