MIRI, 18 Okt: Seramai 565 orang penduduk yang mendiami 103 pintu rumah panjang Kampung Long Bemang, Ulu Baram terjejas akibat banjir sejak Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, berdasarkan laporan Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang mendapati trend air terus menaik.
“Paras air mencecah 1.3 kaki pada jam 7.20 pagi tadi. Bagaimanapun, cuaca dalam keadaan mendung.
“Kawasan ini mula dilanda banjir sejak jam 5 petang Rabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PGO mendedahkan pemantauan dilakukan oleh PBS Long Bemang melaporkan tiada perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilakukan.
“Penduduk yang terjejas berpindah ke tingkas atas rumah masing-masing,” ujarnya.
Difahamkan bekalan elektrik telah diputus dikawasan terjejas banjir oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).- TVS