Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Warga emas tunggang basikal elektrik maut kemalangan

ByBernama

JEMPOL, 17 Okt: Seorang warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Bahau-Kemayan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian kira-kira 5.50 petang itu dipercayai berlaku ketika seorang wanita berusia 55 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang seorang lelaki warga emas dari arah kiri di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.

“Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik telah meninggal dunia di tempat kejadian, kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan