Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha menyerahkan plak sumbangan kepada Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Tabung Palestin: Masjid, surau di Sarawak kutip RM310,000

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Okt: Masjid dan surau di Sarawak berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM310,000.00 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin bagi tujuan perubatan.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, kutipan sumbangan yang bermula sejak 9 Ogos hingga 16 Ogos itu melibatkan seluruh masjid dan surau di wilayah ini.

Menurutnya, ia diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk diuruskan.

“Ini merupakan satu bantuan dan keupayaan kita sebagai umat Islam yang tidak mampu untuk pergi berperang, maka kita bantu dengan cara ini.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Umat Islam Sarawak untuk rawatan perubatan rakyat Palestin di pejabatnya di sini, hari ini.

Misnu berkata, Sarawak juga masih mengarahkan masjid dan surau di seluruh wilayah ini untuk membaca qunut nazilah sehingga ke hari ini.

“Menurut Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin, ia adalah yang cara baik untuk kita amalkan,” ujarnya.

Dalam pada itu Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee memuji inisiatif murni Majlis Islam Sarawak dalam menyediakan platform sumbangan umat Islam di wilayah ini.

“Saya yakin dan percaya mereka memerlukan sumbangan ini dan kami akan berusaha menyampaikan bantuan melalui saluran dipercayai untuk sampai kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Misnu menyerahkan plak sumbangan tersebut kepada Sirajuddin.

Sebanyak 1,617 masjid dan surau terlibat untuk mengutip dana bantuan perubatan Palestin menerusi tabung Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan