Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Status pelaksanaan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2021-2025 yang menggariskan lebih 24 pelan tindakan telah mencapai pada kadar 63 peratus. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Status pelaksanaan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2021-2025 capai 63 peratus

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Status pelaksanaan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2021-2025 yang menggariskan lebih 24 pelan tindakan telah mencapai pada kadar 63 peratus.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pelan yang dikendalikan oleh tadbir urus Jawatankuasa Blockchain dan Kecerdasan Buatan Negara (NBAIC) itu adalah pencapaian terkini sehingga suku ketiga tahun ini.

“Sungguhpun KDNK Malaysia pada suku kedua telah menunjukkan pertumbuhan pada suku kedua adalah sebanyak 5.9 peratus menerusi laporan McKinsey bulan lepas, namun ia sukar untuk menggambarkan sumbangan daripada teknologi itu. Agak sukar untuk menentukan sumbangan dari teknologi AI memandangkan teknologi ini digunakan merentas sektor dan industri.

“Sebagai alternatif, Indeks Kesediaan AI Kerajaan yang dikeluarkan oleh Oxford Insight boleh dijadikan sebagai rujukan untuk melihat sejauh mana kesediaan Kerajaan dalam penggunaan teknologi AI dalam negara,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mendedahkan kedudukan negara meningkat pada tangga ke-23 pada tahun lalu jika dibandingkan dengan kedudukan ke-29 pada dua tahun lalu.

Melihat kepada kepentingan dan manfaat Pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) serta trend perkembangan penyelidikan yang bertunjangkan AI, kementeriannya telah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada akademia dan MIMOS,untuk meneroka satu Pelan Pembangunan Malaysia HPC menerusi satu kaji selidik awal bagi memenuhi permintaan terhadap pengkomputeran berprestasi tinggi yang semakin meningkat.

Fasa pertama yang telah selesai pada 18 April lepas telah menilai keperluan khusus HPC merentasi sektor kerajaan, industri dan awam agar ianya sejajar dengan keutamaan negara.

“Pada Fasa 2 yang sedang berjalan, tumpuan diberikan kepada analisis terperinci melalui kumpulan fokus, perancangan strategik dan reka bentuk HPC tempatan dengan tujuan mengenal pasti saiz dan keupayaan HPC yang optimum.

“Seterusnya, pasukan petugas ini akan menyediakan justifikasi kukuh berdasarkan bukti untuk keperluan belanjawan masa depan termasuk pembiayaan RMKe-13, bertujuan memastikan pelaburan disasarkan secara strategik untuk meningkatkan daya saing Malaysia dalam AI, penyelidikan, dan inovasi,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail yang meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai status pelaksanaan pelan berkenaan serta langkah bagi mengelakkan Malaysia ketinggalan dalam industri itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan