Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malseni Jamal ketika menyampaikan ucaptama penutupan Forum Asia She-Tech 2024 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), hari ini. Foto TVS

She-Tech sasar 40 peratus wanita ceburi STEM, terajui kepimpinan teknologi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 17 Okt: Forum Asia She-Tech menyasarkan 40 peratus penglibatan wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mempergiat peranan kepimpinan wanita dalam bidang teknologi menjelang 2030.

Pengasas Forum Asia She-Tech 2024, Malseni Jamal berkata sasaran ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan penyertaan tetapi juga komitmen untuk memajukan kaum hawa agar tampil lebih berpengaruh dalam pengurusan utama dan pembuat keputusan.

“Matlamat berani ini jelas menunjukkan bahawa kepelbagaian jantina dalam kepimpinan dapat memacu inovasi, meningkatkan penyelesaian masalah dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi,.

“Untuk mencapai kejayaan ini bukan sahaja dapat mengubah industri teknologi tetapi masyarakat secara keseluruhan dan ini apa yang kita nak bagi kepada Sarawak,” katanya dalam ucaptama penutupan Forum Asia She-Tech 2024 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), hari ini.

Forum Asia She-Tech 2024 bertujuan untuk memberi impak yang ketara dengan menangani ketidakseimbangan jantina yang berlaku dalam industri teknologi.

She-Tech juga menjadi pemangkin kepada anjakan penting dalam wacana tentang kepelbagaian jantina dan pemerkasaan, dengan tumpuan khusus untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor teknologi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan