Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) optimis saintis dapat menemui penyelesaian bagi mengurangkan kos penghasilan hidrogen. Foto Faitullah Morni (TVS)

Saintis mampu cari penyelesaian kurangkan kos pengeluaran hidrogen

KUCHING, 17 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis saintis dapat menemui penyelesaian untuk mengurangkan kos pengeluaran hidrogen di rantau ini.

Beliau berkata, saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut mampu mencipta dan meningkatkan kecanggihan teknologi.

Menurutnya, ia sekali gus menghasilkan hidrogen menggunakan elektrolisis iaitu alat untuk memecahkan molekul air yang akan mengurangkan kos menukar air (H2O) kepada hidrogen dan oksigen.

“Saya percaya para saintis dalam sedikit masa akan mampu merealisasikan perkara ini. Jika mereka berjaya maka kita dapat menggantikan bahan api fosil sekali gus mencuba menghasilkan tenaga yang mesra alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa Sains Tropika 2024 (TropSc 2024) di sini, malam tadi.

Abang Johari menjelaskan, Sarawak sedang membangunkan inisiatif hidrogen hijau dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.

“Selain itu, kita (Kerajaan Sarawak) telah melabur banyak untuk tujuan pendidikan dalam bidang sains dan pembangunan teknologi bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang turut menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyokong inisiatif yang menggalakkan pembangunan mampan, pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara saksama.

“Kami telah melabur dalam penyelidikan dan inovasi, memperkukuh dasar yang melindungi warisan semula jadi dan memupuk perkongsian dengan masyarakat tempatan, sektor swasta serta organisasi antarabangsa bagi memastikan kita inklusif dan mengekalkan kemajuan,” jelasnya.

Beliau berkata, melalui Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (NPBD) 2016-2025, Malaysia komited memulihara kepelbagaian biologi, mempromosikan penggunaannya yang mampan dan memastikan perkongsian saksama manfaat daripada penggunaan sumber biologi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan