Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri semasa perbahasan RUU Perlembagaan Pindaan 2024. Foto TVS

RUU Pindaan Perlembagaan 2024: Nancy sokong hak kewarganegaraan anak wanita Malaysia

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan 2024 yang dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, pindaan ini dilihat sebagai langkah penting dalam menangani isu kewarganegaraan bagi anak-anak wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menekankan bahawa pindaan terhadap Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah penting untuk memberikan hak kepada anak-anak wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Saya telah menerima pelbagai aduan daripada individu dan organisasi yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak kepada wanita Malaysia dalam mendapatkan kewarganegaraan. Saya secara peribadi menyokong hasrat ini dan konsisten membawa isu ini ke peringkat tertinggi perbincangan,” katanya semasa perbahasan RUU Perlembagaan Pindaan 2024 .

Selain itu, beliau turut memuji kerajaan atas keputusan untuk mengekalkan peruntukan di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kanak-kanak yang dijumpai ditinggalkan tanpa dokumen.

Langkah ini katanya dapat meringankan beban hidup kanak-kanak tersebut di masa hadapan.

Dalam pembahasannya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama dalam menangani isu kewarganegaraan kanak-kanak dan komuniti orang asal di Sarawak. Penubuhan pasukan petugas khas ini bertujuan mempercepatkan proses kewarganegaraan bagi individu tanpa dokumen di kawasan luar bandar Sarawak.

“Saya menyeru semua Ahli Dewan Rakyat untuk mengetepikan perbezaan ideologi dan bersama-sama menyokong pindaan perlembagaan ini demi masa depan anak-anak kita,” tambahnya.

Pindaan ini dijangka membawa perubahan besar dalam memastikan kesaksamaan hak antara wanita dan lelaki Malaysia dalam isu kewarganegaraan anak-anak mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan