Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis merampas 315 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM10 juta yang diisi dalam 300 bungkusan teh herba Cina dalam satu operasi di sini pada 12 Oktober lalu. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Polis rampas 315 kg syabu bernilai RM10 juta dalam operasi di Kajang

ByHafeezzur Muzamir

KAJANG, 17 Okt: Polis merampas 315 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM10 juta yang diisi dalam 300 bungkusan teh herba Cina dalam satu operasi di sini pada 12 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, taktik itu berjaya dihidu pihaknya menerusi risikan sejak awal tahun ini.

Kata beliau, operasi itu turut berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar di tempat letak kenderaan sebuah restoran di Kajang Perdana.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek telah menjumpai 15 bungkusan guni beras yang mengandungi 20 bungkusan plastik warna kuning tertera perkataan ‘guanyingwang’ yang dalamnya mengandungi dadah disyaki syabu di tempat duduk penumpang belakang dan bahagian bonet belakang.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai 1.58 juta orang penagih dadah,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sindiket dipercayai mendapatkan bekalan dari Thailand dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pembeli yang membuat tempahan penghantaran.

Katanya, modus operandi sindiket adalah menjadikan kenderaan sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada pembeli di kawasan Lembah Klang.

“Hasil soal siasat mendapati suspek yang ditangkap mendapat upah sebanyak RM10,000 bagi sekali penghantaran. Kita percaya sindiket mula bergiat aktif sejak awal tahun tahun ini.

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dengan dia memiliki enam rekod jenayah lampau,” katanya.

Kok Chin berkata, suspek direman selama enam hari bermula 13 Oktober lepas dengan kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan