Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelan Induk Tebatan Banjir Batang Lupar bantu mengurangkan insiden air pasang besar yang merencat ekonomi setempat terutamanya di kawasan Lingga. Foto Jazni Hanif (TVS)

Pelan Induk Tebatan Banjir Batang Lupar diharap selesai masalah banjir pesisir Sarawak

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir Batang Lupar yang sedang dijalankan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dijangka membawa harapan baru kepada penduduk di kawasan tersebut yang saban tahun berdepan dengan masalah banjir.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, menyifatkan perkembangan ini sebagai berita baik yang sangat dinanti-nantikan oleh penduduk terutamanya mereka di kawasan pesisir pantai Sarawak seperti Pekan Lingga.

“Keadaan banjir ini memberi kesukaran kepada penduduk, menyebabkan kerugian besar terutama dalam sektor pertanian, penternakan, serta menjejaskan sumber pendapatan mereka. Kampung-kampung yang berada di sekitar lembangan Sungai Batang Lupar sering terdedah kepada masalah banjir ketika berlakunya fenomena air pasang besar (king tide),” katanya ketika ditemui TVS di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof yang memaklumkan bahawa pelan induk tersebut turut melibatkan kawasan Lingga, dijangka siap pada Disember tahun depan.

Fadillah, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menjelaskan bahawa pelan induk itu akan menggariskan cadangan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Batang Lupar dan akan menjadi panduan utama sebelum projek fizikal tebatan banjir dilaksanakan.

Justeru, Mohamad Shafizan berharap bahawa pelan induk ini akan dapat mengurangkan masalah banjir khususnya fenomena air pasang besar yang saban tahun menjejaskan aktiviti ekonomi dan kehidupan penduduk di kawasan pesisir, terutama di kawasan Lingga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan