Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
David bercakap dalam sesi perkongsian pengalaman beliau sebagai pelukis dalam Dialog Seni Melintasi Sempadan: Konservasi Kuratorial dan Aprisiasi Seni. Foto TVS

Pameran solo, David terjemah liku hidup dalam karya abstrak

KOTA SAMARAHAN, 17 Okt: Pameran solo kedua pelukis kelahiran Sarawak, David Chew kali ini menterjemahkan liku kehidupannya menerusi karya berkonsep abstrak di atas medium akrilik dan kanvas.

David, 51, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa FAME berkata sebanyak 42 karyanya menghiasi galeri bertemakan ‘Come Into Your Own’ yang mula membuka pintu pameran sejak 20 September lalu.

Menurut David, pameran solo kedua ini bersifat peribadi kepada dirinya berikutan membawa pengunjung menghayati bidang lukisan abstrak sejak dari tahun 2000 dan menghasilkan karya sebagai pedoman berasaskan falsafah seiring usianya.

“Pameran solo ini mengenai seseorang yang telah sampai satu tahap dalam kehidupan dan mula mencapai tahap kesedaran dalam kehidupan dan ingin berkongsi kesedaran menegenai kehidupan ini kepada penonton.

“Selain itu, pameran ini untuk meraikan umur saya yang ke 51, jadi anda dapat lihat kesemua karya yang dihasilkan bercerita mengenai sesetengah falsafah dan juga bercerita mengenai konsep dan emosi, sebagai contoh kasih sayang yang tidak berbelah bagi,” katanya.

David berkata demikian selepas ditemui TVS pada akhir sesi program Dialog Seni Melintasi Sempadan: Konservasi Kuratorial dan Aprisiasi Seni di Galeri Hoan, di Kota Samarahan pada Khamis.

Disoal berkaitan memilih untuk menceburi genre abtsrak berbanding genra lain, David menjelaskan sebagai pelukis dirinya memiliki aspirasi tersendiri.

“(Karya) Abstrak lebih menarik kerana saya boleh menlahirkan (karya) secara bebas dan kebanyakkan pelukis ingin mencapai tahap tertinggi dalam menghasilkan karya iaitu abstrak, oleh itu saya beralih arah,” jelasnya.

Sesi dialog berkenaan turut dihadiri Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Badrolhisham Mohamad Tahir, pemilik Galeri Hoan, Hoan Kee Huang dan Pensyarah Kanan Program Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga artis arca, Mohd. Razif Rathi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan