Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan Ahad lepas diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi berbanding 30 batu nautika persegi pada petang semalam. Foto Maritim

Op Carilamat nelayan hilang di perairan Kemaman diperluas

ByBernama

CHUKAI, 17 Okt: Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) tiga nelayan yang dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan Ahad lepas diperluas ke kawasan hingga 840 batu nautika persegi berbanding 30 batu nautika persegi pada petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata operasi yang bermula lapan pagi itu turut dibantu sebuah pesawat udara bombadier selain dua bot.

Beliau berkata sektor pencarian diperluas sehingga ke perairan Kerteh dan Kuantan, Pahang oleh 25 anggota penyelamat daripada beberapa agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Operasi yang dijalankan bermula 2.50 petang semalam gagal menemukan tiga mangsa yang menaiki bot nelayan jenis A.

“Oleh itu, kita memperluas pencarian hingga ke 840 batu nautika persegi meliputi laut dan udara. Kita harap usaha mencari tiga nelayan akan berhasil hari ini,” katanya ketika ditemui hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan