Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bergambar di Majlis Kunjungan Hormat Agensi-Agensi Persekutuan Sarawak di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Nasihat Tun Dr Wan Junaidi jadi panduan jabatan, agensi Persekutuan Sarawak perkasa perkhidmatan

KUCHING, 17 Okt: Barisan kepimpinan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak berbesar hati menerima pandangan serta nasihat daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung memperkasakan perkhidmatan awam kepada masayarakat.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan mengakui pendapat Tun Dr Wan Junaidi akan menjadi panduan pihaknya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak.

“Kami amat berbangga dapat bertemu dan amat berbesar hati menerima nasihat dan pandangan daripada Tun Dr Wan Junaidi sebagai bekal serta panduan berkhidmat di Bumi Kenyalang,” katanya.

Ahmad Nadzri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr Wan Junaidi di  Astana Negeri Sarawak pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Nadzri memberitahu kunjungan hormat itu antara lainnya bertujuan utuk memperkenalkan barisan kepimpinan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak yang berkhidmat di Sarawak.

“Selain itu kunjungan hormat bertujuan juga untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan Sarawak di bawah naungan Tun Dr Wan Junaidi.

“Tun Dr Wan Junaidi yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pelbagai bidang maka nasihat dan pandangan beliau akan kami bawa sebagai bekal dan panduan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri dan negara,” katanya.

Terdahulu seramai 67 Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak yang berkhidmat di Sarawak di bawah sektor pendidikan dan sosial menyertai kunjungan hormat hari ini.

Sesi kunjungan hormat Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak yang berkhidmat di Sarawak telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama pada 11 September 2024 melibatkan kunjungan hormat daripada sektor keselamatan dan pertahanan.

Manakala sesi kedua bagi sektor pembangunan dan ekonomi telah diadakan pada 2 Oktober 2024 dengan kehadiran 51 jabatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan